PUSAT PENDIDIKAN TAHFIZ AN-NUR SERI DAYONG

Nama Institut: PUSAT PENDIDIKAN TAHFIZ AN-NUR SERI DAYONG
Alamat: JALAN PARIT HAJI ARIFF, SERI MEDAN, 83500 BATU PAHAT, JOHOR
Status Institut: PERSENDIRIAN DI BAWAH MASJID AN-NUR.
Pendidikan di Tawar: Pend tahfiz 30 juzuk. Kurikulum diniah. Dan akademik spm.
Kapasiti Pelajar: 100
Pemilik/Pengetua/Penyelia: S.HJ. MASKOR BIN HJ ABAS
Nombor Telefon: 0137323379
Senarai & Jumlah Keperluan: RM150,000
Akaun Bank: Bank ISLAM 01032010059300

 

1. Pada Tahun 2000 pembelian tanah bersebelahan Masjid An-Nur kepunyaan En. Panut Bin Sinjit seluas 1.3 ekar dengan harga RM 56.000.00 ( Lima puluh enam ribu ringgit Malaysia ) hasil derma orang ramai.

2. Pada 2013 mula diwujudkan kelas tahfiz mingguan seramai 18 murid dengan seorang guru dan hngga sekarang meningkat jumlahnya kepada 30 murid dan 2 orang guru, Kelas dijalankan di dewan solat wanita bangunan Masjid An-Nur.

3. Pada 2 Nov 2015 Majlis pelancaran pengumpulan dana PPT sempena hari persaraan TN Hj. Maskor Pengerusi PPT.

4. Pada Februari 2016 permulaan kerja membersih dan menebang sawit 1/3 dari tapak dan penambakkan tapak yang menelan blanja RM 51.000.00 ( lima puluh satu ribu ringgit Malaysia ) oleh Man Kontrektor.

5. Pada bulan September 2016 Kerja pemasangan cerucuk bangunan 120x 48 kaki menelan belanja RM 31.000.00 ( tiga puluh satu ribu ringgit Malaysia.

6. Sehigga akhir ogos 2017 kerja pembinaan bangunan dua tigkat berkeluasan 5760 kakipersegi telah 70% siap dan telah menelan belanja hampir RM 500.000 ( Lima ratus ribu ringgit Malaysia dikendalikan oleh Amam Apandi Kontrektor.

7. Bangunan sepatutnya menelan belanja RM 1 J.3 Juta namun dengan kemurahan Kontrektor disamping derma bahan-bahan benaan seperti simin, batu bata, tingkap dan sebagainya insyaalah kos dapat dikurangkan lebih 30% dari harga sebenar.

8. Kami sedang mencari dana bag menyiapkan 30% pembinaan dan peralatan asrama seperti katil, tilam, almari dan juga pemasangan tile pemasangan lampu dan kipas serta kelengkapan pejabat yang dianggarkan menelan kos RM 150.000 ( seratus lima puluh ribu ringgit Malaysia )

9. PPT ini akan beroperasi sepenuhnya pada Januari 2018 dengan pengambilan pelajar lelaki seramai 40 orang murid untuk tingkatan Satu

10. PPT sedang merancang untuk pembangunan Fasa ke 2. Bermula awal tahun 2018 untuk pembinaan sebuah bangunan 2 tingkat untuk penempatan pelajar perempuan, sebuah bagunan pmbelajaran 3 tingkat, sebuah dewan dan dua pintu rumah guru yang dianggarkan menelan belanja RM 3.35 Juta.

11. Buat masa ini permohonan kebenaran mengutip dana wakaf sedang dalam penelitian Majlis Agama Islam Johor. Insyaallah pada penghujung tahun 2017 akan dilancarkan dana wakaf PPT Fasa ke 2 dimana satu kaki persegi lantai dengan nilai RM 100.00 ( Satu ratus ringgit.)
12 Insyaalah menjelang tahun 2020 Komplek bangunan PPT sepenuhnya akan terbina dengan sempurna

12. Semuga usaha untuk membeir penddikan tahfiz kepada generasi muda dapat dilaksanakan dengan jayanya atas sokongan dan kerjasama seluruh masyarakat Islam,