Mengenai An Najah

Pengenalan

Annajah.org adalah sebuah direktori maya (virtual directory hub) yang menyenaraikan sekolah tahfiz di Malaysia. Portal ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sehingga mampu membentuk komuniti maya yang berganding bahu untuk memartabatkan institusi tahfiz di Malaysia dan juga rantau ini.

Misi & Visi

Visi

Menjadi hab direktori dalam talian yang menyediakan maklumat komprehensif, tepat dan berwibawa bagi institusi tahfiz di Malaysia dan juga serantau.

Misi

Menyediakan infrastruktur dalam talian untuk memudahkan orang ramai mencari maklumat mengenai institusi tahfiz, mempermudahkan pelbagai aktiviti kebajikan seperti waqaf dan infaq serta menjadi platform penghubung antara oanggota masyarakat dengan institusi tahfiz.
Menambah baik dan meninggikan taraf institusi tahfiz menjadi pusat menuntut Ilmu yang diiktiraf.

Objektif

  • Mewujudkan sebuah portal yang komprehensif dan berwibawa untuk institusi tahfiz.
  • Memanfaatkan kemajuan ICT untuk membolehkan maklumat mengenai institusi tahfiz dicapai oleh masyarakat dengan lebih tepat, pantas dan meluas.
  • Sebagai penggalak pelbagai aktiviti kebajikan yang ingin disertai oleh anggota masyarakat seperti waqaf, infaq, sadaqah dan seumpamanya.
  • Menyediakan infrastruktur pembelajaran dalam talian.
  • Menyediakan maklumat untuk pelajar melanjutkan pelajaran setelah tamat pengajian di institusi tahfiz.
  • Daripada ma’ahad tahfiz, kami meletakkan sasaran untuk mewujudkan sebuah universiti yang dibiayai melalui aktiviti waqaf umat Islam dalam jangka masa panjang.