Hala Tuju Pelajar Tahfiz

Ibu bapa yang telah atau berhasrat untuk menghantar anak masing-masing ke ma’ahad tahfiz tidak perlu risau tentang masa depan anak-anak anda. Apabila mendaftarkan diri menjadi penuntut di Ma’ahad Tahfiz, seseorang pelajar mempunyai pelbagai pilihan untuk melanjutkan pengajiannya setelah menamatkan pengajian di ma’ahad tersebut.

Berikut adalah antara pilihan yang tersedia bagi seseorang pelajar untuk melanjutkan pelajaran:

  1. Mendapatkan sijil pentauliahan (syahadah) daripada JAKIM untuk mendapat Sijil Tahfiz Malaysia (STM). Seterusnya mereka boleh memohon Skim Pembiayaan Hafiz untuk melanjutkan pelajaran ke universiti di dalam atau di luar negara; atau
  2. Mendapatkan sijil pentauliahan (shahadah) daripada daripada Jabatan Agama. Sijil ini akan membolehkan pelajar memohon mengajar Al-Quran di negeri masing-masing. Mereka juga boleh mendapatkan pengesahan al-hafiz daripada jabatan agama negeri masing-masing; atau
  3. Menduduki peperiksaan SPM secara persendirian. 

Antara institusi pengajian tinggi dalam negeri yang menawarkan tempat untuk para pelajar tahfiz termasuk:

  1. Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS). YAPIS menyediakan bantuan kepada pelajar tahfiz menduduki peperiksaan SPM melalui program Fast Track dan seterusnya menawarkan peluang pengajian ke UNISEL bagi pelajar yang layak.
  2. Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) – untuk pelajar yang mempunyai kelulusan SPM di kuliah Al-Qur’an dan Sunnah.
  3. Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) Terengganu. Maahad ini menawarkanhttp pengajian untuk pelajar tahfiz yang tidak mempunyai SPM melanjutkan pelajaran terutamanya di Kuliah Syari’ah dan Hukum’.
  4. Diploma Tahfiz Al-Quran di Darul Quran (Iklan di laman web Darul Quran pada bulan Ogos setiap tahun). 
Untuk maklumat lanjut sila layari:
http://www.mqa.gov.my/APEL
http://www.darulquran.gov.my

Cara-cara untuk menduduki SPM setelah menamatkan pengajian tahfiz:

  1. Jika pelajar belum berusia 19 tahun dan tidak mempunyai PT3, beliau perlu memohon kepada Kementerian Pendidikan untuk menduduki SPM dan menyatakan sebab mengapa mereka tidak mempunyai sijil PT3.
  2. Bagi calon yang telah berusia lebih 19 tahun boleh terus menduduki peperiksaan dengan mendaftar sebagai calon persendirian. Perlu diingat agar pelajar memilih subjek teras untuk membolehkan mereka masuk ke universiti.