PAKEJ JUBAH

1 helai RM60.00 / 5 helai RM250.00
Image

PAKEJ TELEKONG

1 helai RM70.00 / 5 helai RM300.00
Image

BUBUR

1 Periuk RM300.00
Image

Untuk membuat pembelian atau mengajukan pertanyaan lanjut mengenai jualan ini, anda boleh terus berhubung dengan nombor di bawah


Hotline 013-665 1723

Sumbangan boleh di salurkan kepada:
PENGURUSAN TAHFIZ AN NAJAH
MAYBANK 000000000000000000

Pengurusan Tahfiz An Najah

Siapakah Kami?

Annajah.org adalah sebuah portal lengkap yang menyedikan maklumat tentang halatuju anak anak tahfiz dari segi pendidikan , peluang menyambungkan pelajaranan ke peringkat tertinggi dan kerjaya.

Annajah.org juga membuat promosi ada aktiviti yang boleh membantu mempromosikan pusat-puaat tahfiz dari segi pemasaran, jualan amal dan aktiviti kemsayarakatan yang berkait rapat dengan program – program yamg dapat membantu memperkasa anak-anak tahfiz serta pusat-pusat tahfiz yang berdaftar dengan annajah.org. selari dengan moto annajah.org iaitu:

“BERSAMA MEMPERKASA WARGA DAN INSITUSI TAHFIZ”.

Portal ini akan menjadi pencetus kepada usaha sebuah komuniti prihatin bagi memartabatkan institusi tahfiz Al-Quran di Malaysia dan seterusnya rantau ini.

Visi

Menjadi hab direktori dalam talian yang mempromosikan program dan aktiviti institusi tahfiz di Malaysia dan juga serantau.

Misi

Menyediakan infrastuktur dalam talian untuk memudahkan orang ramai mencari maklumat mengenai program dan aktiviti institusi tahfiz serta menjadi platform penghubung antara anggota masyarakat dengan institusi tahfiz.

Menambahbaik dan meninggikan taraf institusi tahfiz menjadi pusat penuntut ilmu yang diiktiraf

Objektif

  • Mewujudkan sebuah portal yang komprehensif dan berwibawa untuk rujukan masyarakat
  • Memanfaatkan kemajuan ICT untuk membolehkan maklumat mengenai institusi tahfiz dicapai oleh masyarakat dengan lebih tepat, pantas dan meluas
  • Sebagai penggalak pelbagai aktiviti kebajikan yang disertai oleh anggota masyarakat seperti waqaf, infaq, sadaqah dan seumpamanya
  • Menyediakan maklumat untuk pelajar melanjutkan pelajaran setelah tamat pengajian di institusi tahfiz
  • Daripada ma’ahad tahfiz, kami meletakkan sasaran untuk mewujudkan sebuah universiti yang dibiayai melalui aktiviti waqaf umat Islam dalam jangkamasa panjang

Firman Allah:

Alif Lam Mim. Itulah kitab yang tiada keraguan padanya menjadi petunjuk bagi orang yang beriman. (Iaitu) orang yang beriman dengan perkara-perkara ghaib dan mendirikan solat dan mereka menginfaqkan sebahagian daripada rezeki mereka.

Al-Baqarah: 1-2

Apakah Yang Kami Sediakan?

  • Pangkalan sebaran maklumat dan berita dalam talian tentang pelbagai perkara dan aktiviti berkaitan dengan Institusi Tahfiz di seluruh Malaysia yang berdaftar di annajah.org.
  • Platform pelayan (server platform) untuk pelbagai aktiviti kebajikan seperti waqaf, infaq dan sedekah yang ingin disampaikan kepada Institusi Tahfiz;
  • Penyedia maklumat tentang Institusi Tahfiz yang menjadi ahli;
  • Penyedia maklumat tentang laluan akademik dan kerjaya anak-anak yang menuntut di Institusi Tahfiz

Siapakah Yang Boleh Memanfaatkan Kami?

  1. Institusi Tahfiz (yang tersenarai sebagai ahli)
  2. Anggota masyarakat yang ingin memperoleh maklumat tentang lnstitusi Tahfiz tertentu yang berdaftar di annajah.org
  3. Ibubapa yang ingin melihat laluan akademik dan kerjaya anak-anak sekiranya dihantar menjadi pelajar di Institusi Tahfiz
  4. Anggota masyarakat dan syarikat-syarikat yang ingin bewaqaf dan besadaqah kepada mana-mana Institusi Tahfiz

Pemberi & Penerima

Penyenaraian ini bertujuan untuk memudahkan pengguna laman web ini yang ingin terlibat secara langsung menginfaq, mewakaf atau menjadi sukarelawan kepada mana-mana tahfiz yang tersenarai di dalam direktori annajah.org.

Antara bantuan yang boleh dihulur termasuk:

  1. Menghulur derma sama ada secara tetap atau berkala (boleh melalui Kelab Tahfiz Annajah atau terus kepada ma’ahad berkenaan)
  2. Mewakafkan harta tertentu kepada tahfiz yang dikehendaki (perlu berurusan secara terus dengan Ma’ahad tahfiz)
  3. Menyediakan perkhidmatan secara percuma dalam bidang berkaitan seperti pengubahsuaian, pendawaian (wiring), membersihkan kawasan dsb
  4. Menjadi sukarelawan berasaskan kepada kepakaran yang dimiliki seperti menjadi pembimbing motivasi, tenaga pengajar dalam bidang-bidang lain seperti Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Arab dsb.
  5. Menjadi penyebar tentang kewujudan laman web ini.

Peta Direktori